Sunday, 9 June 2013

Cara Terbaik Belajar Disaat Akhir Untuk Peperiksaan

Kepada semua pelajar 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
kami URUSETIA EKSPRESI MAHASISWA 


dengan kerjasama ASPIRASI UKM


mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2012/2013.

****

Bila waktu pertengahan tahun, selalunya pelajar universiti dan kolej akan sibuk dengan minggu peperiksaan. Bagi kebanyakkan pelajar sudah tentu waktu ini merupakan waktu yang paling tidak disukai.

Makan tak terurus, tidur tak cukup. Tambah lagi kepala asyik ‘berpusing’. Semua perkara akan menjadi kelam kabut. Mana tidaknya, banyak subjek hendak difahamkan. Mungkin lagi bermasalah bagi mereka yang suka belajar di saat akhir. Kusut di buatnya.

Jadi, bagaimanakah cara untuk memanipulasikan fikiran bila belajar disaat genting seperti ini?


1. Osmosis Tidak Berfungsi


Otak tidak boleh menyerap segala macam maklumat dalam keadaan tertekan. Jadi jangan jadikan ruangan belajar anda bersepah apabila ianya penuh dengan pelbagai longgokan buku dan tidak terurus.

Waktu seperti ini boleh dilihat ramai pelajar akan sibuk dengan pelbagai nota fotokopi, pinjaman buku-buku rujukan dan sebagainya. Jika perkara ini terjadi, anda hanya perlu tenang dan tarik nafas dalam-dalam. Kenapa perlu beri tekanan kepada diri sendiri? Memang betul banyak topik yang perlu diulangkaji. Jadi, jangan buatkan diri anda bertambah kusut.

Setiap buku mempunyai kebanyakkan topik, formula dan idea yang bersifat berulang. Maknanya di sini penerangan dan isi kandungan adalah benda yang sama. Cuma dari cara perolahan berbeza. Apa yang penting cari buku yang sesuai untuk topik tersebut.

Cuba bersifat terurus dengan membaca sebuah buku yang betul-betul perlu atau nota pembentangan daripada pensyarah sahaja. Itulah yang menjadi sumber rujukan disaat akhir. Perkara yang penting adalah anda perlu cuba fahamkan dan terus mengingati dengan hanya sebuah buku tadi.

Bahan rujukan yang banyak mungkin berguna jika anda mempunyai masa yang lama untuk mengulangkaji. Tetatpi, dalam saat akhir ada baiknya cuba ringkaskan sebaik boleh.

2. Jawab Soalan Peperiksaan 


Bagi yang mengambil bidang kejuruteraan, sudah pasti segala macam jenis formula perlu di ingat dan diterbitkan. Dalam saat-saat akhir sebelum anda menghadapi peperiksaan sudah pasti anda tidak mahu menghabiskan masa dengan hanya menghafal formula sahaja. Jadi, anda perlu menjawab soalan peperiksaan untuk tahun-tahun atau semestar yang lepas.

Memang terbukti cara ini agak efisien. Biasakan diri dengan contoh-contoh soalan yang berkemungkinan formatnya sama sahaja.

Setiap tahun kebanyakkan pelajar menghadapi masalah semasa di dewan peperiksaan. Apa yang mereka belajar di kelas sebelum ini berbeza dengan apa yang ditanya semasa peperiksaan.

Dengan menjawab soalan peperiksaan yang lepas, Anda akan membiasakan diri dan serba sikit tahu apakah kemungkinan corak soalan yang bakal anda hadapi. Secara tidak langsung melatih untuk mengingati formula atau istilah yang kompleks.

Bila anda mencipta sendiri soalan, jika ianya tidak mempunyai penyelesaian, waktu itulah anda perlu merujuk buku. Di situlah proses pembelajaran akan berlaku. Bukankah ianya lebih mudah di bandingkan mentelaah setiap inci buku.

Ramai beranggapan persediaan untuk peperiksaan memerlukan fokus dan penumpuan sepenuhnya. Sebenarnya, peperiksaan juga seperti perkara lain. Jika anda melakukannya berulang kali tidak mustahil anda akan menjadi mahir, Jadi, situasi ini sama dengan menjawab soalan-soalan yang lepas. 

3. Membaca Semula, Bolehkah Dikira Sebagai Belajar?


Membaca semula nota sebenarnya tidak boleh dikira sebagai belajar pada saat akhir. Mungkin benar membaca sesebuah nota merupakan salah satu cara yang senang dalam pembelajaran.

Jika dalam subjek sejarah mungkin ada relevan. Tapi kalau topik sains dan kejuruteraan, sememangnya anda akan menghadapi masalah.

Apa yang perlu anda lakukan ketika ini? Sebaiknya jika berhubung subjek seperti sejarah atau yang memerlukan penghafalan, Anda perlu membaca dan perlu juga mengeluarkan isi penting daripada setiap petikan selain menambah sedikit huraian ringkas.

Cuba hurai kepada rakan anda mengenai topik yang telah dibaca atau dan bertukar pendapat. Sebenarnya kaedah ini adalah proses pembelajaran yang paling mudah.

Dengan kaedah yang betul anda boleh cemerlang dalam peperiksaan tanpa membaca buku. Megnapa? Kerana di sini proses simbiosis berlaku. Anda ibarat ‘parasit’ yang menumpang tempat orang lain.

4. Menghafal Secara Tidak Logik


Hafal biarlah secara bijak. Jangan sampai semua helaian buku nak di hafalnya. Itu hanya lagi membuang masa. Jika tersalah hafal, usaha anda akan menjadi sia-sia. Carilah benda yang memang ternyata sukar untuk diingati dengan cara biasa. Sebagai contoh sebuah formula atau istilah-istilah yang sememangnya tak berubah.

Sebagai contoh, warna setiap komponen perintang dan nilai ‘ohmnya’ perlu anda tahu. Jadi, untuk mudah ingat anda hanya perlu menghafal secara tidak logik.

Contohnya, Haji CikMat Marah Jika Kuda Hijau Balik Untuk Ke Putrajaya. Terjemahkan balik akan dapat susunan warna mengikut rintangan dari 0 ke 9. Hitam, Coklat, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Ungu, Kelabu, Putih.

Pasti ramai yang pernah melakukan dan mengetahui cara seperti ini. Kaedah seperti ini sebenarnya membuat kita lagi senang ingat berbanding dengan fakta yang sedia ada.

Semakin tidak logik cara anda menghafal semakin mudah sebenarnya untuk anda mengingati perkara tersebut.


Semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment