PRELUDE EKSPRESI MAHASISWA

Karnival Rakyat 1 Malaysia telah dianjurkan pada 17 Mac 2013 di Taman Rimba Ampang sebagai prelude bagi program Ekspresi Mahasiswa

PRELUDE EKSPRESI MAHASISWA

Karnival Rakyat 1 Malaysia telah dianjurkan pada 17 Mac 2013 di Taman Rimba Ampang sebagai prelude bagi program Ekspresi Mahasiswa

PRELUDE EKSPRESI MAHASISWA

Karnival Rakyat 1 Malaysia telah dianjurkan pada 17 Mac 2013 di Taman Rimba Ampang sebagai prelude bagi program Ekspresi Mahasiswa

Sunday, 2 June 2013

Ekspresi Mahasiswa menjadi tumpuan media dan Perdana Menteri Malaysia!

Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh mahasiswa UKM dan dikategorikan dalam salah satu program yang berprestij dan berimpak tinggi peringkat kebangsaan. Ekspresi Mahasiswa mendapat liputan luas oleh media diseluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak melibatkan belia seluruh Malaysia. Selain mendapat sokongan penuh daripada pentadbiran tertinggi UKM, program ini juga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.





Sunday, 12 May 2013

IPT BOOTH OPEN CHALLENGE

IPT Booth merupakan satu pertandingan yang memerlukan penyertaan IPTA dan IPTS dimana mereka bebas untuk membuka apa saja bentuk pameran atau tarikan ( kecuali penjualan dan pameran buku ) di booth yang telah disediakan. Setiap bentuk pameran perlulah berilmiah dan bermanfaat. Dengan tema “Merealisasikan inovasi siswa”,program ini bertujuan untuk memberi peluang IPTA dan IPTS untuk mempromosikan institusi masing-masing dengan kreativiti dan identiti yang tersendiri. Selain itu,program ini melatih mahasiswa untuk lebih kreatif dalam menjadikan booth mereka adalah yang paling menarik. 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-
Setiap IPTA dan IPTS bebas untuk membuka apa sahaja bentuk aktiviti (kecuali penjualan dan pameran buku di booth yang telah disediakan)
Jumlah peserta bagi setiap wakil di university adalah tidak melebihi daripada 10 orang.
Pihak peserta mestilah melengkapkan borang maklumat yang disediakan.
Pihak IPTA dan IPTS mestilah menghantar maklumbalas sebelum 17 MEI 2013.
Peserta yang tidak memenuhi syarat pertandingan ini, hilang kelayakan untuk bertanding.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
Tempoh masa untuk menyiapkan dan menghias booth adalah selama 1jam 30 minit.
Setiap booth disediakan beberapa kelengkapan asas seperti meja dan kerusi
Peserta bagi wakil university dikehendaki mempamirkan keunikan identiti university masing-masing.
Setiap booth yang dipertandingkan mestilah menzahirkan unsur-unsur intelek dan inovatif serta memiliki nilai positif untuk disampaikan
Setiap booth mestilah mempunyai seorang wakil untuk membentangkan hasil kreativiti mereka.
Peserta juga diwajibkan untuk menjaga etika pemakaian.
Keputusan para juri adalah muktamad.
Peserta yang melanggar peraturan pertandingan akan disingkirkan daripada pertandingan.

HADIAH PERTANDINGAN:-
TEMPAT PERTAMA : RM2000
TEMPAT KEDUA : RM 1500
TEMPAT KETIGA : RM 1000
SAGUHATI :  Hamper untuk setiap kumpulan

CARA PENYERTAAN 
1. Borang dan segala maklumat lanjut telah dihantar ke semua IPTA dan IPTS sekitar lembah Klang.





Saturday, 11 May 2013

ISU KEMANUSIAAN



Isu-isu kemanusiaan merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang isu-isu kemanusiaan yang semakin kurang mendapat perhatian dewasa ini. Program ini menyediakan landasan yang tepat kepada mahasiswa untuk bergerak menyebarkan maklumat kepada masyarakat di Malaysia berhubung isu kemanusiaan . Antara isu yang akan diketengahkan ialah peperangan, kemiskinan, penindasan dan kebuluran. Selain itu, program ini juga menyalurkan persepsi golongan belia khususnya mahasiswa berkenaan isu-isu kemanusiaan menerusi kepelbagaian bentuk  penyampaian kepada umum. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan.   Dengan tema “Sustaining the world nation through art”,program ini memberi peluang kepada mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri. Di samping itu juga,program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam berorganisasi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang berketerampilan. Antara pengisian program ialah:-
1. Flash-mob
2. Basking-A charity for pity
3. Street Art-Some perception through illusion
4. Pameran