Ekspresi Mahasiswa merupakan program
anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi 2016/2017 dengan
kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi.
Program ini rentetan dari program Ekspresi Mahasiswa yang lepas yang
berkonsepkan hari keluarga saban tahun dianjurkan oleh warga Kolej Burhanuddin
Helmi yang bakal berlangsung pada 2017 ini dengan tema dan pembaharuan
tersendiri. Program ini bakal dijalankan dengan matlamat merapatkan ukhuwah
antara pelajar di universiti dan masyarakat komuniti setempat yang berbilang
kaum serta agama yang secara tidak langsung menyemarakkan perpaduan antara
kaum.
Secara kesuluruhan, program ini berpotensi memberi impak kepada
mahasiswa dengan cara membantu masyarakat mendapatkan dana untuk badan
kebajikan kanser di Malaysia dan seiring dengan peranan Universiti Kebangsaan
Malaysia iaitu sebagai pendaulat amanah Negara.
MISI
Menjadikan segmen ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat mahasiswa dalam bidang kepimpinan, kemasyarakatan, kebolehpasaran dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa khususnya, serta memberi kemahiran generik yang diperlukan untuk menjadi graduan universiti yang bermutu serta berdaya saing pada masa hadapan.
MATLAMAT
Menjadi medium bagi mahasiswa meluahkan segala idea dan bakat dilandasan yang tepat kepada masyarakat supaya mereka menyedari akan kehadiran mahasiswa di negara ini melalui program-program bersama masyarakat. Selain itu, kejayaan program ini menunjukkan mahasiswa mempunyai nilai tambah yang istimewa berbanding masyarakat luar serta mahasiswa juga lebih perihatin akan isu-isu nasional dan juga inter-national yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam mengendalikan program dan juga menyertai pertandingan yang disediakan. Program seperti ini dapat melatih mahasiswa untuk menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja yang lebih sistematik agar dapat membentuk mahasiswa yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa yang berketrampilan.
OBJEKTIF
1. Membentuk sahsiah diri, kelakuan dan gaya hidup yang sihat serta memberi pengetahuan, pendedahan dan kemahiran praktikal secara holistik kepada pelajar dan masyarakat sekitar tentang kekeluargaan, kesihatan dan gaya hidup sihat.
2. Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah dari penyakit yang merbahaya.
3. Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati serta mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar melalui pencambahan idea baru.

nice
ReplyDelete