Tuesday 7 May 2013

REVOC CHESS GENIUS



REVOC Chess Genius merupakan sebuah pertandingan chess di kalangan IPT. Tema pertandingan ini ialah “Ketajaman Minda Tunjang Pembangunan Mahasiswa”. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang permainan catur  kepada mahasiswa/i. Selain itu, ianya mampu untuk membentuk mahasiswa yang mampu berfikir, berdisiplin, daya tahan yang tinggi, berketerampilan membuat rencana, strategi dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam waktu terdesak dan terbatas.

SISTEM PERTANDINGAN:-
1. Semua peserta akan bermain dalam satu 'pairing sahaja'.
2. Kejohanan ini mengikut Undang-undang FIDE & Undang-undang Kejohanan.
3. Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan sebelum 20 Mei 2013 ( secara bank in).
4. Sila maklumkan nama,ketagori dan ‘National Ranking’ ( jika ada )selepas anda membuat pembayaran.
5. Semasa kejohanan sila bawa bersama slip pembayaran untuk pengesahan penyertaan.
6. Penyertaan terhad kepada 300 peserta sahaja. Pembayaran yuran selepas 16 Mei 2013 akan dikenakan denda RM 10 .
7. Kaunter penyertaan akan dibuka seawal 8.00 a.m dan akan ditutup pada 9.00 a.m.
8. Peserta hendaklah berpakaian kemas.
9. Pemain Penggenap.
Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.
10. Menggunakan system Swiss enam pusingan atau tujuh Pusingan bergantung pada jumlah penyertaan.
11. Mengikut undang-undang FIDE & undang-undang kejohanan.
12. Sila bawa bersama sip pembayaran semasa kejohanan.
13. Jumlah pusingan : 5 pusingan swiss.

Sistem pemutus/pemecah-seri (tie-break)
a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
d) Mata progresif / kumulatif

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN:-
Individu (Lelaki)
Hadiah Pertama -RM 500, Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM 300,Medal
Hadiah Ketiga -RM 250,Medal

Individu (Wanita)
Hadiah Pertama - RM500,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM300,Medal
Hadiah Ketiga - RM250,Medal

Kumpulan (Lelaki)
Hadiah Pertama- RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua- RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

Kumpulan (Wanita)
Hadiah Pertama -RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua -RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di :
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=forums&srcid=MDkzMDAzOTA0Mzk5NDUwMTMxNzgBMTMzMDkzMDUzMTk2MTczNjg4ODEBQ0xja0JTOHEzTzBKATQBAXYy



0 comments:

Post a Comment