Saturday 11 May 2013

SISWA CORNER


Siswa Corner merupakan sebuah program dalam segmen Ekspresi Mahasiswa yang mengetengahkan persembahan bakat mahasiwa IPTA dan IPTS dari seluruh negara. Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pertandingan Tradisi dan Inovasi. Bagi kategori Tradisi, pertandingan ini merangkumi tarian tradisional, teater, drama ,sajak , koir dan semua persembahan yang ingin dipersembahkan oleh mahasiswa mengikut syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Bagi kategori Inovasi pula, mahasiswa perlulah membentangkan idea mereka dalam apa jua bentuk elemen tanpa ada batasan tetapi haruslah bertepatan dengan transformasi dan pembangunan negara . Dengan tema “Tradisi dan inovasi pencetus transformasi”,program ini bertujuan menyediakan landasan kepada mahasiswa untuk mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan mereka dalam pelbagai bidang, yang seterusnya diharapkan akan dapat memantapkan pembinaan modal insan dalam diri setiap Mahasiswa.

Syarat-syarat pertandingan inovasi:-
Peserta terdiri daripada mahasiswa IPT sahaja.
Setiap penyataan adalah asli.
Setiap kumpulan mestilah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 5 orang.
Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit sahaja untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab bersama juri.
Bahasa penyampaian mesti menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Tema adalah bebas tetapi mestilah yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan tranformasi kepada negara.

Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei 2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/sebelum tamatnya tempoh penyerahan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/

Syarat-syarat pertandingan tradisi:-
Terbuka kepada semua IPT.
Setiap pernyertaan adalah asli.
Terdapat dua kategori dalam pertandingan ini iaitu kategori individu dan berkumpulan. Semua pernyertaan kategori berkumpulan hendaklah terdiri daripada 5-15 orang sahaja.
Masa persembahan yang diperuntukan adalah selama 10 minit untuk kategori individu dan 15 minit untuk kategori berkumpulan.
Persembahan mestilah mempunyai unsur-unsur kebaikan, patriotisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam politik, perkauman dan hal-hal yang berkaitan.
Bahasa penyampaian samada dalam bentuk teks atau lisan mesti menggunakan bahasa melayu.
Sebarang peralatan bagi tujuan persembahan semasa pertandingan hendaklah disediakan sendiri oleh peserta
Segala keputusan yang dibuat oleh Penganjur dan Panel Juri adalah muktamad.

Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei  2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/ sebelum tamatnya tempoh pernyertaan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/..

Hadiah-Hadiah Pertandingan Inovasi:-
Johan: wang tunai RM1,000 dan hamper 
Naib johan: wang tunai RM800 dan hamper
Ketiga: wang tunai RM500 dan hamper

Hadiah pertandingan tradisi:-
Individu:
Johan: Tunai RM200, Hamper RM80
Naib Johan: Tunai RM150, Hamper RM50
Ketiga: Tunai RM100, Hamper RM30

Berkumpulan:
Johan: Tunai RM800, Hamper RM100
Naib Johan: Tunai RM500, Hamper RM80
Ketiga: Tunai RM250, Hamper RM50

CARA PENYERTAAN:- 
Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/forms/d/1R2xxZXICBA7JvncSIqORfYZGRv5vx6DCBsOTaPzGFCE/viewform?pli=1



0 comments:

Post a Comment