PRELUDE EKSPRESI MAHASISWA

Karnival Rakyat 1 Malaysia telah dianjurkan pada 17 Mac 2013 di Taman Rimba Ampang sebagai prelude bagi program Ekspresi Mahasiswa

PRELUDE EKSPRESI MAHASISWA

Karnival Rakyat 1 Malaysia telah dianjurkan pada 17 Mac 2013 di Taman Rimba Ampang sebagai prelude bagi program Ekspresi Mahasiswa

PRELUDE EKSPRESI MAHASISWA

Karnival Rakyat 1 Malaysia telah dianjurkan pada 17 Mac 2013 di Taman Rimba Ampang sebagai prelude bagi program Ekspresi Mahasiswa

Sunday 2 June 2013

Ekspresi Mahasiswa menjadi tumpuan media dan Perdana Menteri Malaysia!

Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh mahasiswa UKM dan dikategorikan dalam salah satu program yang berprestij dan berimpak tinggi peringkat kebangsaan. Ekspresi Mahasiswa mendapat liputan luas oleh media diseluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak melibatkan belia seluruh Malaysia. Selain mendapat sokongan penuh daripada pentadbiran tertinggi UKM, program ini juga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.





Sunday 12 May 2013

IPT BOOTH OPEN CHALLENGE

IPT Booth merupakan satu pertandingan yang memerlukan penyertaan IPTA dan IPTS dimana mereka bebas untuk membuka apa saja bentuk pameran atau tarikan ( kecuali penjualan dan pameran buku ) di booth yang telah disediakan. Setiap bentuk pameran perlulah berilmiah dan bermanfaat. Dengan tema “Merealisasikan inovasi siswa”,program ini bertujuan untuk memberi peluang IPTA dan IPTS untuk mempromosikan institusi masing-masing dengan kreativiti dan identiti yang tersendiri. Selain itu,program ini melatih mahasiswa untuk lebih kreatif dalam menjadikan booth mereka adalah yang paling menarik. 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-
Setiap IPTA dan IPTS bebas untuk membuka apa sahaja bentuk aktiviti (kecuali penjualan dan pameran buku di booth yang telah disediakan)
Jumlah peserta bagi setiap wakil di university adalah tidak melebihi daripada 10 orang.
Pihak peserta mestilah melengkapkan borang maklumat yang disediakan.
Pihak IPTA dan IPTS mestilah menghantar maklumbalas sebelum 17 MEI 2013.
Peserta yang tidak memenuhi syarat pertandingan ini, hilang kelayakan untuk bertanding.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
Tempoh masa untuk menyiapkan dan menghias booth adalah selama 1jam 30 minit.
Setiap booth disediakan beberapa kelengkapan asas seperti meja dan kerusi
Peserta bagi wakil university dikehendaki mempamirkan keunikan identiti university masing-masing.
Setiap booth yang dipertandingkan mestilah menzahirkan unsur-unsur intelek dan inovatif serta memiliki nilai positif untuk disampaikan
Setiap booth mestilah mempunyai seorang wakil untuk membentangkan hasil kreativiti mereka.
Peserta juga diwajibkan untuk menjaga etika pemakaian.
Keputusan para juri adalah muktamad.
Peserta yang melanggar peraturan pertandingan akan disingkirkan daripada pertandingan.

HADIAH PERTANDINGAN:-
TEMPAT PERTAMA : RM2000
TEMPAT KEDUA : RM 1500
TEMPAT KETIGA : RM 1000
SAGUHATI :  Hamper untuk setiap kumpulan

CARA PENYERTAAN 
1. Borang dan segala maklumat lanjut telah dihantar ke semua IPTA dan IPTS sekitar lembah Klang.





Saturday 11 May 2013

ISU KEMANUSIAAN



Isu-isu kemanusiaan merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia tentang isu-isu kemanusiaan yang semakin kurang mendapat perhatian dewasa ini. Program ini menyediakan landasan yang tepat kepada mahasiswa untuk bergerak menyebarkan maklumat kepada masyarakat di Malaysia berhubung isu kemanusiaan . Antara isu yang akan diketengahkan ialah peperangan, kemiskinan, penindasan dan kebuluran. Selain itu, program ini juga menyalurkan persepsi golongan belia khususnya mahasiswa berkenaan isu-isu kemanusiaan menerusi kepelbagaian bentuk  penyampaian kepada umum. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan.   Dengan tema “Sustaining the world nation through art”,program ini memberi peluang kepada mahasiswa dalam merancang dan melaksanakan sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri. Di samping itu juga,program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam berorganisasi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran generik yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang berketerampilan. Antara pengisian program ialah:-
1. Flash-mob
2. Basking-A charity for pity
3. Street Art-Some perception through illusion
4. Pameran

SISWA CORNER


Siswa Corner merupakan sebuah program dalam segmen Ekspresi Mahasiswa yang mengetengahkan persembahan bakat mahasiwa IPTA dan IPTS dari seluruh negara. Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pertandingan Tradisi dan Inovasi. Bagi kategori Tradisi, pertandingan ini merangkumi tarian tradisional, teater, drama ,sajak , koir dan semua persembahan yang ingin dipersembahkan oleh mahasiswa mengikut syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Bagi kategori Inovasi pula, mahasiswa perlulah membentangkan idea mereka dalam apa jua bentuk elemen tanpa ada batasan tetapi haruslah bertepatan dengan transformasi dan pembangunan negara . Dengan tema “Tradisi dan inovasi pencetus transformasi”,program ini bertujuan menyediakan landasan kepada mahasiswa untuk mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan mereka dalam pelbagai bidang, yang seterusnya diharapkan akan dapat memantapkan pembinaan modal insan dalam diri setiap Mahasiswa.

Syarat-syarat pertandingan inovasi:-
Peserta terdiri daripada mahasiswa IPT sahaja.
Setiap penyataan adalah asli.
Setiap kumpulan mestilah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 5 orang.
Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit sahaja untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab bersama juri.
Bahasa penyampaian mesti menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Tema adalah bebas tetapi mestilah yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan tranformasi kepada negara.

Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei 2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/sebelum tamatnya tempoh penyerahan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/

Syarat-syarat pertandingan tradisi:-
Terbuka kepada semua IPT.
Setiap pernyertaan adalah asli.
Terdapat dua kategori dalam pertandingan ini iaitu kategori individu dan berkumpulan. Semua pernyertaan kategori berkumpulan hendaklah terdiri daripada 5-15 orang sahaja.
Masa persembahan yang diperuntukan adalah selama 10 minit untuk kategori individu dan 15 minit untuk kategori berkumpulan.
Persembahan mestilah mempunyai unsur-unsur kebaikan, patriotisme dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam politik, perkauman dan hal-hal yang berkaitan.
Bahasa penyampaian samada dalam bentuk teks atau lisan mesti menggunakan bahasa melayu.
Sebarang peralatan bagi tujuan persembahan semasa pertandingan hendaklah disediakan sendiri oleh peserta
Segala keputusan yang dibuat oleh Penganjur dan Panel Juri adalah muktamad.

Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 20 Mei  2013

Setiap borang pernyertaan mestilah dihantar semasa/ sebelum tamatnya tempoh pernyertaan.

Sebarang maklumat sila layari http://siswacorner2013.blogspot.com/..

Hadiah-Hadiah Pertandingan Inovasi:-
Johan: wang tunai RM1,000 dan hamper 
Naib johan: wang tunai RM800 dan hamper
Ketiga: wang tunai RM500 dan hamper

Hadiah pertandingan tradisi:-
Individu:
Johan: Tunai RM200, Hamper RM80
Naib Johan: Tunai RM150, Hamper RM50
Ketiga: Tunai RM100, Hamper RM30

Berkumpulan:
Johan: Tunai RM800, Hamper RM100
Naib Johan: Tunai RM500, Hamper RM80
Ketiga: Tunai RM250, Hamper RM50

CARA PENYERTAAN:- 
Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/forms/d/1R2xxZXICBA7JvncSIqORfYZGRv5vx6DCBsOTaPzGFCE/viewform?pli=1



Friday 10 May 2013

PENCARIAN GADIS JELITA REVOC



Pencarian Gadis REVOC merupakan sebuah program yang ingin memberi peluang kepada mahasiswi kini untuk berasa lebih yakin dengan kebolehan mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka sendiri. Program ini menekankan tentang kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswi selain memperagakan kecantikan paras rupa setiap peserta.

SYARAT PERTANDINGAN
1. Bujang
2. Pelajar IPT sahaja
3. Berumur antara 18 hingga 25 tahun
4. Pakaian bertemakan budaya seluruh dunia ( culture around the world )
5. Keperluan pertandingan disediakan sendiri (Pakaian, alatan mekap dan barang peribadi)
6. Semua peserta perlu bersedia di tempat pertandingan 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.
7. Semua peserta perlu mematuhi syarat pertandingan dan sekiranya enggan, mereka akan disingkirkan  serta-merta daripada pertandingan.
8. Semua peserta perlu mengetahui dan memahami sistem pertandingan untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.
9. Keputusan pertandingan akan diadili oleh 3 orang juri dan keputusan adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN 
Tempat pertama
wang tunai (RM1,500.00) + hamper + t-shirt + jambangan bunga  + crown + kain selimpang

Tempat kedua
wang tunai (RM1200.00) + hamper (RM130.00) + t-shirt + jambangan bunga  + crown +  kain selimpang

Tempat ketiga
wang tunai (RM900.00) + hamper + t-shirt + jambangan bunga  + crown + kain selimpang

Saguhati (7 orang)
wang tunai (RM50.00) + hamper + t-shirt

CARA PENYERTAAN:- 
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di : https://docs.google.com/file/d/0B8lPxGC8FQ28NkctbDBSZDhVS00/edit?pli=1



Thursday 9 May 2013

REVOC CYBERGAME TOURNAMENT 2013



REVOC Cybergame Tournament 25 – 26 MEI 2013 merangkumi DOTA Allstars dan PES 13 tournament dengan hadiah wang tunai berjumlah RM6000 untuk dimenangi!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Warganegara Malaysia
2. Pelajar IPTA/IPTS di Malaysia
3. Nama institut harus disertakan sebelum nama pasukan. (Contoh: UKM-Knight )
4. Pendaftaran dan bayaran mestilah dibuat sebelum 20hb Mei 2013.
5. Yuran penyertaan bagi pertandingan Dota Allstar adalah RM100/pasukan & Pro Evolution  Soccer adalah 15/seorang.
6. Pendaftaran mestilah dibuat melalui www.facebook.com/REVOCCyberGames
7. Para peserta digalakkan membawa peralatan sendiri (eg: mouse, keyboard, keypad)
8. Penginapan dan pengangkutan peserta tidak disediakan.

HADIAH PERTANDINGAN:-
REVOC DOTA TOURNAMENT 2013
Hadiah Pertama : RM2000
Hadiah Kedua : RM1000
Hadiah Ketiga: RM500

REVOC PES 13 TOURNAMENT 2013:
Hadiah Pertama : RM500
Hadiah Kedua : RM300
Hadiah Ketiga : RM200
Hadiah Kempat :RM100
Hadiah Kelima – Hadiah Kelapan :RM50

CARA PENYERTAAN:- 
1.Peserta yang berminat perlulah mesej kepada www.facebook.com/REVOCCyberGames dengan memberikan maklumat berikut :
Nama Kumpulan      :
Ahli Kumpulan          :
No Telefon      :
Maklumat Pembayaran  :

Semua pembayaran mestilah dibuat kepada :-
Mohd Nor Firdaus Bin Barkat Ali
151548090117 - Maybank








Wednesday 8 May 2013

REVOC BATTLE DANCE



Untuk peringkat akhir IPT Battle Dance, hanya sebanyak 5 kumpulan yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara dan juara akan ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Untuk pertandingan akhir, setiap kumpulan akan diberikan masa sebanyak 20 minit untuk menunjukkan kehebatan koreografi masing-masing. Beberapa kriteria utama akan diambil bagi menentukan gelaran juara REVOC Battle Dance ’13. Keputusan juri adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
1.Pelajar IPT
2.Yuran sebanyak RM 50 per kumpulan
3.Maksimum 10 orang dalam 1 kumpulan
4.Masa yang diberikan untuk satu kumpulan membuat persembahan adalah 7 minit.

HADIAH PERTANDINGAN:-
Tempat Pertama
wang tunai, (RM1500.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

Tempat Kedua
wang tunai, (RM1200.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

Tempat Ketiga
wang tunai, (RM 900.00) + Hamper, Trofi pusingan + T-Shirt x 6 + Jambangan bunga

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang boleh didapati di :
https://docs.google.com/forms/d/1nQ83f_IdhkQJwrBEHIujgMjHRK-mwqDb3Cl1i_2KmjU/viewform?pli=1









Tuesday 7 May 2013

REVOC CHESS GENIUS



REVOC Chess Genius merupakan sebuah pertandingan chess di kalangan IPT. Tema pertandingan ini ialah “Ketajaman Minda Tunjang Pembangunan Mahasiswa”. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang permainan catur  kepada mahasiswa/i. Selain itu, ianya mampu untuk membentuk mahasiswa yang mampu berfikir, berdisiplin, daya tahan yang tinggi, berketerampilan membuat rencana, strategi dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam waktu terdesak dan terbatas.

SISTEM PERTANDINGAN:-
1. Semua peserta akan bermain dalam satu 'pairing sahaja'.
2. Kejohanan ini mengikut Undang-undang FIDE & Undang-undang Kejohanan.
3. Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan sebelum 20 Mei 2013 ( secara bank in).
4. Sila maklumkan nama,ketagori dan ‘National Ranking’ ( jika ada )selepas anda membuat pembayaran.
5. Semasa kejohanan sila bawa bersama slip pembayaran untuk pengesahan penyertaan.
6. Penyertaan terhad kepada 300 peserta sahaja. Pembayaran yuran selepas 16 Mei 2013 akan dikenakan denda RM 10 .
7. Kaunter penyertaan akan dibuka seawal 8.00 a.m dan akan ditutup pada 9.00 a.m.
8. Peserta hendaklah berpakaian kemas.
9. Pemain Penggenap.
Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.
10. Menggunakan system Swiss enam pusingan atau tujuh Pusingan bergantung pada jumlah penyertaan.
11. Mengikut undang-undang FIDE & undang-undang kejohanan.
12. Sila bawa bersama sip pembayaran semasa kejohanan.
13. Jumlah pusingan : 5 pusingan swiss.

Sistem pemutus/pemecah-seri (tie-break)
a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
d) Mata progresif / kumulatif

HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN:-
Individu (Lelaki)
Hadiah Pertama -RM 500, Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM 300,Medal
Hadiah Ketiga -RM 250,Medal

Individu (Wanita)
Hadiah Pertama - RM500,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua - RM300,Medal
Hadiah Ketiga - RM250,Medal

Kumpulan (Lelaki)
Hadiah Pertama- RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua- RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

Kumpulan (Wanita)
Hadiah Pertama -RM800,Medal,Piala Pusingan
Hadiah Kedua -RM500,Medal
Hadiah Ketiga -RM300,Medal

CARA PENYERTAAN:-
1. Borang dan segala cara pembayaran boleh didapati di :
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=forums&srcid=MDkzMDAzOTA0Mzk5NDUwMTMxNzgBMTMzMDkzMDUzMTk2MTczNjg4ODEBQ0xja0JTOHEzTzBKATQBAXYy



Wednesday 1 May 2013

HUBUNGI KAMI

MAJLIS TERTINGGI EKSPRESI MAHASISWA
Ketua Pengarah Ekspresi Mahasiswa 
Muhammad Muaz Mohamad Mohsin – 017-6389851
Timbalan Ketua Pengarah 1
Muhammad Amshar Mohsen – 013-2054784
Timbalan Ketua Pengarah 2
Muhammad Zahid Mohd Shukor – 014-2949923
Timbalan Ketua Pengarah 3
Azila Karim – 019-8342514
Pengarah Pemasaran 
Nur Hazirah Mohamad Mazlan – 017-2820223

URUSAN SURAT MENYURAT
Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603 89215105, Faks : +603 89215199













EKSPRESI MAHASISWA


PENGENALAN
Ekspresi Mahasiswa merupakan program anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi 2016/2017 dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi.

Program ini rentetan dari program Ekspresi Mahasiswa yang lepas yang berkonsepkan hari keluarga saban tahun dianjurkan oleh warga Kolej Burhanuddin Helmi yang bakal berlangsung pada 2017 ini dengan tema dan pembaharuan tersendiri. Program ini bakal dijalankan dengan matlamat merapatkan ukhuwah antara pelajar di universiti dan masyarakat komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama yang secara tidak langsung menyemarakkan perpaduan antara kaum.

Selain daripada itu matlamat utamanya adalah untuk menyerlahkan sisi mahasiswa dalam pelbagai aspek dengan cara ekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan disamping meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah dari penyakit yang merbahaya terutama penyakit kanser yang meningkat saban tahun. Seterusnya, untuk menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan masyarakat dengan menggunakan medium sukan sebagai aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.

Secara kesuluruhan, program ini berpotensi memberi impak kepada mahasiswa dengan cara membantu masyarakat mendapatkan dana untuk badan kebajikan kanser di Malaysia dan seiring dengan peranan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu sebagai pendaulat amanah Negara.

MISI 
Menjadikan segmen ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat mahasiswa dalam bidang kepimpinan, kemasyarakatan, kebolehpasaran dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa khususnya, serta memberi kemahiran generik yang diperlukan untuk menjadi graduan universiti yang bermutu serta berdaya saing pada masa hadapan. 

MATLAMAT
Menjadi medium bagi mahasiswa meluahkan segala idea dan bakat dilandasan yang tepat kepada masyarakat supaya mereka menyedari akan kehadiran mahasiswa di negara ini melalui program-program bersama masyarakat. Selain itu, kejayaan program ini menunjukkan mahasiswa mempunyai nilai tambah yang istimewa berbanding masyarakat luar serta mahasiswa juga lebih perihatin akan isu-isu nasional dan juga inter-national yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam mengendalikan program dan juga menyertai pertandingan yang disediakan. Program seperti ini dapat melatih mahasiswa untuk menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja yang lebih sistematik agar dapat membentuk mahasiswa yang mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa yang berketrampilan.

OBJEKTIF
1. Membentuk sahsiah diri, kelakuan dan gaya hidup yang sihat serta memberi pengetahuan, pendedahan dan kemahiran praktikal secara holistik kepada pelajar dan masyarakat sekitar tentang kekeluargaan, kesihatan dan gaya hidup sihat.

2. Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah dari penyakit yang merbahaya.


3. Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati serta mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar melalui pencambahan idea baru.


SEKRETARIAT

KETUA PENGARAH
Muhammad Muaz Mohamad Mohsin
A155073
017-6389851

TIMBALAN KETUA PENGARAH 

Muhammad Amshar Mohsen
A154878
013-2054784

TIMBALAN KETUA PENGARAH 2 

Muhammad Zahid Mohd Shukor
A153377
014-2949923

TIMBALAN KETUA PENGARAH 3

Azila Karim
A159074
019-8342514


SETIAUSAHA 
Nabilla Abdul Muttalib
A155636
019-9373946

PENOLONG SETIAUSAHA 

Nurul Hanani Jamaludin
A154298
011-39784980

BENDAHARI 

Nur Ain Nabilah Asmi
A153456
017-6528352

PENOLONG BENDAHARI 
Nur Farrayana Haris
A159774
017-6311873