IPT Booth merupakan satu pertandingan yang memerlukan penyertaan IPTA dan IPTS dimana mereka bebas untuk membuka apa saja bentuk pameran atau tarikan ( kecuali penjualan dan pameran buku ) di booth yang telah disediakan. Setiap bentuk pameran perlulah berilmiah dan bermanfaat. Dengan tema “Merealisasikan inovasi siswa”,program ini bertujuan untuk memberi peluang IPTA dan IPTS untuk mempromosikan institusi masing-masing dengan kreativiti dan identiti yang tersendiri. Selain itu,program ini melatih mahasiswa untuk lebih kreatif dalam menjadikan booth mereka adalah yang paling menarik.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:-
Setiap IPTA dan IPTS bebas untuk membuka apa sahaja bentuk aktiviti (kecuali penjualan dan pameran buku di booth yang telah disediakan)
Jumlah peserta bagi setiap wakil di university adalah tidak melebihi daripada 10 orang.
Pihak peserta mestilah melengkapkan borang maklumat yang disediakan.
Pihak IPTA dan IPTS mestilah menghantar maklumbalas sebelum 17 MEI 2013.
Peserta yang tidak memenuhi syarat pertandingan ini, hilang kelayakan untuk bertanding.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:-
Tempoh masa untuk menyiapkan dan menghias booth adalah selama 1jam 30 minit.
Setiap booth disediakan beberapa kelengkapan asas seperti meja dan kerusi
Peserta bagi wakil university dikehendaki mempamirkan keunikan identiti university masing-masing.
Setiap booth yang dipertandingkan mestilah menzahirkan unsur-unsur intelek dan inovatif serta memiliki nilai positif untuk disampaikan
Setiap booth mestilah mempunyai seorang wakil untuk membentangkan hasil kreativiti mereka.
Peserta juga diwajibkan untuk menjaga etika pemakaian.
Keputusan para juri adalah muktamad.
Peserta yang melanggar peraturan pertandingan akan disingkirkan daripada pertandingan.
HADIAH PERTANDINGAN:-
TEMPAT PERTAMA : RM2000
TEMPAT KEDUA : RM 1500
TEMPAT KETIGA : RM 1000
SAGUHATI : Hamper untuk setiap kumpulan
CARA PENYERTAAN
1. Borang dan segala maklumat lanjut telah dihantar ke semua IPTA dan IPTS sekitar lembah Klang.